Translate

Tuesday 17 November 2015

Nama Pasangan Panda Malaysia Xing Xing dan Liang Liang

Pasangan panda yang menjadi ikonik hubungan Malaysia-China, iaitu Xing Xing dan Liang Liang.

Xing Xing bermaksud kemewahan bagi panda jantan dan Liang Liang membawa maksud kecantikan bagi panda betina.

Nama berkenaan diperoleh daripada pertandingan Menamakan Giant Panda bulan lalu.

Xing Xing dan Liang Liang

Pasangan panda gergasi dari China, yang nama asalnya Fengyi dan Fuwa ini menjadi simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun kedua-dua negara.

Pasangan panda itu dipinjamkan kerajaan China kepada Zoo Negara Malaysia bagi tempoh 10 tahun menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.

Selain mengukuhkan hubungan diplomatik Malaysia-China, program itu mewujudkan peluang kepada Malaysia untuk menjalankan penyelidikan mengenai panda.

Ia sekaligus menjadi pemangkin dalam hubungan dua hala kedua-dua negara dan sekaligus memanfaatkan Malaysia khususnya.

No comments :

Post a Comment