Translate

Saturday 14 November 2015

Info Sihat : 7 Langkah Menangani 'Stress'

"Definisi 'Stress'.

'Stress' atau tekanan melibatkan penggunaan semua system yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitarnya.


7 Langkah Menangani 'Stress'

1) Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda.
* Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda.
* Bersikap positif ketika semasa melakukan kerja anda.
* Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda.
* Merasa seronok berkerja.


2) Rancang Kerja Anda
* Kendali masa anda dengan bijak.
* Beri keutamaan pada kerja yang penting.
* Jangan Bertangguh.
* Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah


3) Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
* Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik.
* Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan langkah-langkah menanganinya.
* Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian.
* Ambil tindakan secara wajar.

4) Bersikap Positif Terhadap Perubahan Dalam Kerja
* Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku.
* Rancang perubahan secara teratur.

5) Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja
* Amalkan sikap tegas bukan garang ( aggressive ).
* Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas.
* Hormati pandangan rakan sekerja anda.

6) Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja
* Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja.
* Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekerja di dalam                         
  menangani masalah.
* Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar.
* Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah.

7) Amalkan Cara Hidup Sihat
* Luangkan masa untuk beribadah.
* Dapatkan tidur yang mencukupi.
* Bersenam selalu.
* Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan.
* Jauhi diri dari, rokok dan dadah.
* Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama.







No comments :

Post a Comment