Translate

Friday 13 November 2015

Kata tidak untuk Skim Cepat Kaya

Dengan mengucapkan kata syukur sahaja belum cukup untuk mengawal diri dari sikap tamak kita yang mengejar harta dan kekayaan. Kita tidak pernah merasakan puas dengan apa yang kita ada sampai kita sanggup mengabaikan isteri, anak dan keluarga. Oleh sebab kita yang tidak pernah merasa syukur dengan apa yang kita ada, mata dan hati kita menjadi gelap kerna mengejar wang semata-mata, sehingga kita sanggup mengambil risiko yang besar. Mereka seperti ini mudah di tipu oleh orang yang mengambil kesempatan atas mereka. Seringkali saya mendengar tentang skim cepat kaya yang banyak telah menipu wang dari golongan orang yang tidak pernah bersyukur. 

Walaupun mereka seringkali mendengarkan berita tentang skim cepat kaya yang telah banyak menipu orang, tetapi mereka tetap juga ingin melaburkan wang mereka dengan skim tersebut. Sehingga mereka sanggup berhutang dengan bank untuk membuat loan dan ahli keluarga mereka. Mereka ini tidak terfikir kah kalau perbuatan mereka ini akan membawa kemusnahan dalam hidup mereka. Mereka tidak memikirkan anak, isteri dan ahli keluarga mereka yang akan menanggung beban yang akan timbul selepas mereka sedar mereka ditipu oleh orang yang mengambil kesempatan ke atas mereka yang tamak.

Apa yang akan terjadi selepas mereka telah di tipu???

Akan berlaku lah keretakan rumah tangga kerana masalah kewangan. Tidak terfikirkah mereka pekara ini akan berlaku dengan mereka. Tidak sayangkah mereka dengan anak mereka yang masih kecil dan bersekolah, apa akan terjadi dengan anak mereka. Perlukah mereka menyesal setelah semua benda telah berlaku. Jangan sampai nyawa jadi pilihan terakhir kita untuk melarikan diri dari semua masalah ini.

Mari lah kita berfikir sejenak, sebelum kita membuat pelaburan dengan skim cepat kaya. Pikirkan lah orang lain yang bersama dengan kita setiap hari. Walaupun zaman ini wang sangat penting dalam kehidupan kita, janganlah kita mengambil jalan mudah untuk menjadi Jutawan segera, pekara ini bukan nya datang dengan mudah perlukan usaha dan tenaga kita. 

Insaflah kepada orang yang suka menipu orang lain demi kepentingan diri sendiri, jangan harap anda boleh lepas dari kesalahan anda. Kalau anda tidak kena masalah, pasti anak dan orang paling anda sayang yang akan kena juga.







No comments :

Post a Comment