Translate

Thursday 31 December 2015

Senarai perpindahan pemain Liga Malaysia 2016

Sepak mula musim baru Liga Malaysia 2016.  Setiap pasukan kini dalam fasa mempersiapkan pasukan masing-masing dengan gabungan pemain-pemain lama, pemain-pemain muda serta membawa masuk pemain-pemain baru bagi memantapkan pasukan masing-masing. Dengan pasaran perpindahan telah dibuka, setiap kelab kini sibuk di pasaran perpindahan pemain dengan menandatangani pemain-pemain baru berkualiti untuk bersaing musim baru ini. Dengan pelbagai spekulasi kemasukan pemain, Bual Sukan percaya pasukan-pasukan yang bersaing pastinya menandatangani pemain-pemain terbaik untuk kelab masing-masing.

senarai perpindahan pemain Liga Malaysia 2016

Berikut adalah senarai perpindahan pemain Liga Malaysia 2016 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa :

1. MELAKA UNITED (LIGA PERDANA)
Labinot Harbuzi / Labi (Sweden - Midfield) -RASMIShin Jae Pil / Jae (Korea Selatan - Pertahanan) - RASMISelim Benachour (Tunisia - Attacking Midfielder) - Mumbai City FC (Bekas pemain PSG)Jonathan Glenn (Trinidad and Tobago - Striker) - IBV IcelandGorka Larrea (Sepanyol - Midfielder) - Bekas pemain Levante di La Liga SepanyolMuhamad Syazwan Bin Yusoff (Kelantan - Penjaga Gol)Illija Spasojevic (Kelab Putra Samarinda, Indonesia - Asal : Montenegro - Striker) See Kok Luen (Pulau Pinang FA) 
2. TERENGGANU
Senarai rasmi pemain Terengganu 2016 sila klikTerengganu FA
Helmi Rameli (Pertahanan) - Dilepaskan :RASMIMuhaimin Omar (Pertahanan) - Dilepaskan :RASMINorshahrul Idlan Talaha (Penyerang) - Kekal :RASMI  Amirizdwan Taj Tajuddin (Pertahanan) - Kelantan : RASMIJoseph Kalang Tie (dari Sarawak) : RASMIYong Kuong Yong (dari Pulau Pinang) : RASMIAbdul Manaf Mamat (dari Terengganu): Ke Kelantan : RASMIIndra Putra Mahyuddin (dari Felda United)Brendan Gan (dari Kelantan) 
3. JDT
Senarai rasmi pemain JDT 2016 klik JDT
Sam Somerville (Penjaga Gol) - Biodata di SINISebastian Fernandez (Uruguay - Penyerang) -Vancouver Whitechaps/ Bakal pengganti Luciano Fiqueroa. Biodata di SININurridzuan Abu Hasan (Midfield) - Tolak pelawaan JDT. Kekal di Perak : RASMI Rodrigo Mora Nunez (Uruguay - Penyerang) - Universidad de Chile. Beraksi untuk kelab River Plate pada tahun 2012 dan 2013.Mohd Azniee Taib - (dari Pulau Pinang) :RASMIMartin Cauteruccio (Uruguay - San Lorenzo) : Penyerang - GAGAL - Kelab San Lorenzo meminta pampasan sebanyak 4 Juta USDAzzamuddin Akil (dari Pahang) : RASMIPaulo Rangel (Bekas pemain Terengganu) :RASMI Akram Mahinan (Midfield dari JDT II) : RASMI
4. KELANTAN
Senarai rasmi pemain Kelantan 2016 sila klik TRW
Piya : Kekal di Kelantan : RASMIMohd Daudsu Jamaluddin - JDT : RASMIChinedu Udeagha Sunday (Nigeria - Attacking Midfield) : Sedang diujiNajeem Olukokun (Nigeria - Striker) : Sedang diujiSunday Oke Ogagotewho (Nigeria - Pertahanan) : Sedang diuji  Syahrul Azwari Ibrahim (HMA) : RASMIMohamad Ramadhan Ab Hamid (HMA) :RASMIMohamad Faris Shah Mohd Rosli (HMA) :RASMIAbdul Manaf Mamat (dari Terengganu) :RASMIMohd Muslim Ahmad  : RASMIMohd Faizal Abu Bakar : RASMI Jonathan McKain (KEKAL) Indra Putra Mahyuddin (dari Felda United) 
5. SELANGOR 
Senarai rasmi pemain Selangor FA 2016 sila klikSelangor FA
Amirulhadi Zainal - JDT : KEKAL di JDT :RASMINdumba Makeche - Felda United Razman Roslan (dari Pahang) : RASMIHafiz Kamal (dari Pahang) : RASMIKhairul Azhan (dari Pahang) : RASMIDickson Nwakaeme (dari Pahang)R. Gopinathan (dari Pahang) : RASMIFaris Ramli (dari Lions XII) Zarif Irfan Hashimuddin (dari AirAsia - Penjaga Gol) : RASMIPatrick Ronaldinho (dari PKNS FC) 
6. KEDAH
Mohd Shakir Shaari - JDTMohd Farhan Abu Bakar - HMAMuhammad Ariff Farhan Md Isa - HMAMohamad Amirul Hisyam Awang Kechik - HMAShahrul Iqwan Samsudin - HMAMohammad Ridzuan Abdunloh Pula - HMAMohamad Syawal Nordin - HMAMohd Asri Mardzuki - HMACarlos Eduardo de Souza Floresta atau Carlos Kahe (Borussia Monchengladbach - Asal Brazil) : RASMI
7. PULAU PINANG
Senarai rasmi pemain Pulau Pinang 2016 sila klikPenang FA
Sergio Van Dijk (Indonesia - Striker) : SuphanburiMohd Fitri Omar (dari Kelantan) : RASMIKumaahran Sathasivam (HMA) : RASMIMuhamad Faizat Mohamad Ghazali (HMA)Brent Griffiths (Australia - Pertahanan) - Import Kelab Central Coast MarinersMatías Córdoba (Argentina - Attacking Midfielder) - Import Kelab Alianza FCMuhd Nursalam (Striker) - UiTM FC : RASMIJosé Tadeu (Brazil - Striker) - Import KelabPersepolis FCReinaldo Lobo (Import - KEKAL)  
8. NEGERI SEMBILAN
Kevin Gunter (Pemain naturalisasi Switzerland-Sarawak) Mohammad Ashmawi Md Yakin (HMA)Annas Rahmat (HMA)Ahmad Azlan Zainal (Pertahanan) : (dariTerengganu)
9. PERAK
Senarai rasmi pemain Perak 2016 sila klik The Bos Gaurus
Nazirul Naim (Pertahanan - Harimau Muda A) :RASMIRozaimi Abdul Rahman (dari Sabah)Efrain Rintaro (Import dari Brazil) Vokhid Shodiev (Bunyodkor - Uzbekistan) :RASMI
10. FELDA UNITED
Nasir Basharudin (Midfield) - Kekal di Perak : RASMI

11. FELCRA FC (LIGA FAM)
Shahrulnizam Mustapa - Felda United
12. PAHANG 
Mohd Faizal Abd Halim - (Dari Pulau Pinang)Ahmad Shaharuddin Rosdi - Ketua Jurulatih baru Pahang ganti Zainal Abidin Hassan
13. JDT II
Amirul Ikmal Hafiz - HMA Harimau MudaMuhd Syazwan Andik Mohd Ishak - HMA Harimau Muda Elhadji Diouf (Sabah - Senegal) Tuah Iskandar (dari Perak) Nurul Azwan Roya (dari PDRM) Muhammad Al-Hafiz Hamzah (dari JDT) Benjamin Mora (Mexico) - Ketua Jurulatih baru JDT II Dominic Tan Jun Jin (bekas Kapten Harimau Muda C)
14. T-TEAM
Makan Konate (Mali - Persib Bandung) : Attacking Midfielder : MOUAbdoulaye Youssouf Maiga (Mali - Sriwijaya) : Pertahanan : MOU

15. PKNS FC
Ahmad Fakri Shaarani (dari Kelantan)
16. SARAWAK
Senarai terkini skuad pemain Sarawak 2016 KlikBujang Senang. 
Mohd Shahril Sa'ari ( T-Team - Penjaga Gol ) :RASMIGilmar Filho - (dari Kelantan) : RASMINdumba Makeche - (dari Felda United) :RASMISyahrul Azwari Ibrahim (HMA) : RASMIK Gurusamy (Selangor) : RASMIMohd Akmal Mohd Nor (NS Matrix) : RASMI
17. PERLIS
Afif Amiruddin (dari PDRM)  Obinna Nwaneri (dari ATM)Edward Junior Wilson (BEC Tero Sasana, Thailand)

18. SABAH
Vjeran Simunic - Jurulatih baru (bekas Jurulatih Perak FA 2015)  
19. PDRM FA
Andrezinho atau Andre Francisco Williams (Bekas pemain tengah JDT) : RASMIMuhd Safwan Baharuddin (dari Lions XII) :RASMI
Untuk makluman, Senarai Perpindahan Pemain 2016 Liga Malaysia di atas akan dikemaskini dari masa kesemasa. Jika ada perpindahan terbaru yang tidak dinyatakan sila nyatakan di ruangan komen. Terima kasih

Monday 28 December 2015

Filem Star Wars : The Force Awakens

Saya bagi 5/5 bintang! Serious! 5 Bintang. Dah lama saya tak bagi 5 Bintang selepas filem Avatar. #LucasFilm sekali lagi berjaya. Dapat dengar tepukan ; sorakan penonton apabila kemunculan watak legend & adegan menarik. 
Filem Star Wars : The Force Awakens

Filem Star Wars telah mencatatkan kutipan yang sangat fenomena dengan $529 Jutabersamaan RM2.2 Billion sejak dilancarkan minggu lalu! Sekaligus mengatasi jualan pembukaan untuk filem Jurrasic World pada tahun ini. 
Namun, pasti ramai yang tertanya-tanya berapakah bayaran untuk pelakon yang membintangi filem tersebut, bukan?
Ada sumber yang mengatakan pelakon Harrison Ford mendapat habuan terbesar, malah jauh mengalahkan bayaran pelakon muda yang lain. 
Sekurang-kurangnya Harrison, 73 dilaporkan menjana pendapatan $25 juta bersamaanRM107 juta untuk kemunculannya sebagai Han Solo dalam filem tersebut kali ini. 
Malah, pelakon legenda itu meraih 0.5 peratus daripada keuntungan filem Star Wars tersebut! Ini sekaligus bermaksud, aktor itu mendahului76 kali lebih tinggi bayaran berbanding pelakon lain dalam filem itu seperti Daisy Ridley dan John Boyega.

Sinopsis
Filem "Star Wars : The Force Awakens" ini mengisahkan 30 tahun selepas berjaya mengalahkan, mereka menghadapi ancaman baru dari Kylo Ren yang jagat dan 'First Order'. Setelah salah seorang dari 'defector' yang bernama Finn, terhempas di sebuah planet padang pasir. Kemudian Finn berjumpa dengan Rey, bersama dengan 'droid' yang menyimpan peta rahsia yang dicari oleh 'First Oder'. 

Saturday 12 December 2015

12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita

Memang bagus kalau setiap pagi kita amal kan minum air suam campur lemon kalau tak biasa campur kan madu sikit..


12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita


Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
Mari kita korek apakah rahsia Lemon?

12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:
1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan 'pembersihan' yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
Lemon Water
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.

8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.

9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.

11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.

12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

Selangor menjuarai Piala Malaysia 2015

Malam ni bukan rezeki kedah.. Walau berusaha sedaya upaya, mengawal perlawanan tetapi jika tiada rezeki tiadalah.. Tahniah juga buat selangor. Bonus bagi kedah sebagai naib juara piala Malaysia 2015. Siapa sangka juara liga perdana melangkah sejauh ini.. Walau malam ini kedah terlalu banyak kesilapan dan serba tak menjadi.. Apa2 pun tahniah buat pemain hijau kuning berjuang sampai ke wisel terakhir.. Bagi selangor, kita bertemu semula di liga super musim depan.



Source: http://www.bharian.com.my/node/104535?m=1

SHAH ALAM: Selangor menjuarai Piala Malaysia selepas menewaskan Kedah, 2-0, pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, di sini, yang berakhir sebentar tadi. Jaringan kemenangan skuad The Red Giants itu diperoleh menerusi sentuhan penyerang mereka, Ahmad Hazwan Bakri, masing-masing pada minit ke-4 dan ke-47. Kedah yang juga juara Liga Perdana musim ini, terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas penjaga gol mereka, Mohd Firdaus Muhamed dibuang padang gara-gara menampan bola di luar kotak penalti ketika saingan berbaki tujuh minit.


Rumah panjang Rh Lidwina di Tutus terbakar


113 penduduk hilang tempat tinggal dalam kebakaran
SIBU: Api pelita menyambar minyak petrol ketika salah seorang penghuni mengisi minyak jana kuasa dipercayai menjadi punca kebakaran di rumah panjang Rumah Lidwina, Nanga Tutus, Batang Igan dekat sini petang kelmarin.
Dalam kejadian sekitar jam 5.10 petang, penghuni rumah panjang terbabit dikejut dengan laungan beberapa orang di ruai rumah panjang tersebut memberitahu sebuah bilik sedang terbakar.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Dari Sungai Merah dari 7.37 malam mengerah sebuah jentera dan pasukan RRV dengan kekuatan 10 anggota bergegas ke tempat kejadian.
Pasukan sokongan bersama sebuah jentara dan empat tenaga dari BBP Sibu turut dimaklum dan dikerah ke lokasi kejadian.
Ketika pasukan pemadam api tiba di lokasi kejadian pada jam 8.38 malam, api menjilat 14 pintu di rumah panjang berkenaan dan juga memusnahkan enam rumah berhampiran.
Difahamkan kira-kira 113 penduduk hilang tempat tinggal selepas pihak bomba menamatkan operasi memadam api sekitar jam 11.15 malam.
Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kebakaran tersebut.
Lokasi kebakaran agak jauh kira-kira 60 kilometer dari balai bomba terdekat dan perjalanan sukar turut menjejas operasi bomba untuk menjalankan kerja menyelamat.
Siasatan awal berdasarkan maklumat diperolehi di tempat kebakaran mendapati kebakaran bermula daripada salah sebuah bilik rumah panjang.
“Difahamkan kebakaran disebabkan api pelita menyambar minyak petrol ketika salah seorang penghuni sedang mengisi minyak jana kuasa,” kata sumber bomba.
Setelah api semakin mengganas dan di luar kawalan, ia dipercayai merebak dengan pantas sehingga meranapkan rumah panjang dan harta benda.
Operasi memadamkan api tersebut diketuai oleh PBKII Eddy Kilat dan Ketua Balai Sg Merah, PKPgB Zakaria Aini.
Punca sebenar dan nilai kerugian kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.

Tuesday 8 December 2015

Tips untuk memulakan alam pekerjaan di tempat baru.

Hari ini saya ingin berkongsi Tips untuk memulakan alam pekerjaan di tempat baru. Bagi yang pertama kali turun bekerja mesti sangat seronok bukan, tapi kita mesti selalu berfikir sampai tidak dapat tidur di buat dia. Saya pun pernah merasakan begitu juga. Walaupun seronok sebab sudah dapat kerja, tetapi ia juga datang dengan banyak cabaran yang berbeza. Walau bagaimanapun, cabaran-cabaran ini sama ada memotivasi atau sebaliknya. 

Jika kamu sudah mempunyai pengalaman bekerja kamu tidak perlu risau sebab melalui pengalaman yang kamu ada, mesti kamu dapat mengatasinya. 

Tetapi bagaimana jika kamu tidak mempunyai pengalaman? Berikut adalah beberapa tips dari saya untuk kamu mengekalkan sikap yang positif di tempat kerja baru kamu. Tips ni ada nya datang dari pengalaman saya dan saya tambahkan lagi dengan tips yang saya baca dari internet untuk membantu kamu.

1. Kenali rakan-rakan kamu.

Ia mungkin kedengaran mudah tetapi ia sebenarnya banyak bergantung dengan diri kita juga. Kenapa saya bercakap begitu, sebab nya ada orang nie sangat pemalu, susah nak buka mulut, mahu tunggu orang tegur dia baru dapat buka mulut. Jangan begitu nanti susah kamu mahu mendapat kawan ditempat kerja nanti. Tindakan ini sangat berguna untuk mengenali seberapa ramai yang mungkin orang di tempat kerja. Saya pecaya mereka akan sudi membantu jika kamu perlu bantuan di tempat kerja. Walau bagaimanapun, belajar untuk menetapkan sempadan juga, mengekalkan hubungan profesional dan sentiasa ingat kesopanan kamu.

2. Apabila ragu-ragu, sila bertanya

Ia mungkin pekara biasa untuk mengemukakan soalan, tetapi kebanyakkan yang saya nampak kita nie lebih suka membuat sesuatu dengan sendiri untuk menunjukkan bahawa kita boleh melakukan sesuatu. Tapi lebih bagus kalau kita bertanya dengan senior kita, sebab kita nie masih baru dan banyak selok belok kita perlu pelajari. 

3. Sistem mentor-mentee 

Sesetengah persekitaran kerja ada yang mengamalkan sistem mentor. Budaya mentor-mentee bukan baru tetapi pada masa yang sama ia mungkin tidak diamalkan di banyak tempat. Kalau boleh kita beritahu dengan human resource department @ manager untuk mendapatkan mentor atau sifu kamu. Ia akan membuat pembelajaran di tempat kerja kamu lebih mudah. 

4. Belajar apa yang orang lain lakukan

Kamu baru sahaja telah diterima masuk ke pekerjaan baru dan diberikan satu tanggungjawab untuk dikendalikan. Pekara ini sangat bagus untuk kamu belajar dari orang lain juga kerana ia boleh mengeratkan lagi hubungan kerja disepanjang tugasan itu kamu akan tahu apa peranan kamu di dalam organisasi itu. Dan ia juga akan membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan di tempat kerja kamu.

5. Sertai acara sosial atau aktiviti

Jika pejabat kamu mempunyai budaya melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial di luar kerja, tolong libatkan diri kamu. Ini menunjukkan bahawa kamu mahu menjadi sebahagian daripada organisasi dan ia memberikan kamu peluang untuk mengetahui rakan-rakan kamu di luar tempat kerja. Ia akan memberitahu rakan-rakan kamu bahawa kamu adalah seorang pekerja secara pasukan.

6. Tawaran untuk membantu

Sama ada kamu baru atau lama di dalam organisasi itu, kamu sudah menjadi sebahagian daripada pasukan itu. Bekerja dengan baik di dalam persekitaran baru, dan kamu perlu menjadi anggota pasukan itu. Ini bermakna kamu harus menyumbang kepada pasukan baru dengan menghulurkan bantuan bila-bila masa saja.

7. Sentiasa menghormati

Ini adalah perkara yang paling mudah yang boleh dilakukan tetapi mungkin terlepas pandang terutamanya jika kamu adalah seorang graduan muda dan cuma dapat kerja biasa itu dan kamu rasa kamu sudah sedia untuk mengambil alih tugasan itu. Tetapi kamu harus ingat, kalau terlampu yakin dengan diri sendiri orang boleh salah anggap dan orang akan ingat kita sombong. Jadi sentiasa berkelakuan dan berkomunikasi secara profesional dan respect. 

8. Atur hari kamu untuk merancang keluar bersama dengan rakan setugas 

Kamu harus mempunyai idea yang jelas tentang tanggungjawab harian kamu untuk membolehkan kamu merancang waktu kamu. Contonya lah, merancang bersenam pada waktu bercuti bersama dengan Supervisor atau rakan-rakan kamu. Dan pastikan rancangan kamu itu tidak mengacau waktu kamu juga, supaya kamu dapat hadir setiap kali kamu membuat satu janji dengan mereka. Dengan cara ini, kamu boleh memperuntukkan masa kamu dengan baik dan melaksanakan tanggungjawab kamu dengan cekap.

Cukup sampai disini sajalah tips yang dapat saya terangkan dan semoga kamu dapat melakukannya dengan baik. Selamat berjaya dan tahnian kepada kamu sekalian.


Sunday 6 December 2015

Kelebihan dan kekurangan mengunakan kad kredit

Syarikat kad kredit telah memberitahu kita selama beberapa dekad yang kita perlukan kad mereka dan boleh menggunakan mereka untuk "kebaikan" jika kita bertanggungjawab.

Realitinya adalah bahawa apabila anda menggunakan kad kredit anda lebih cenderung untuk membeli lebih daripada yang anda mampu dan walaupun anda mampu anda cenderung untuk membeli barang-barang yang lebih mahal kerana anda tidak boleh berasa wang yang meninggalkan poket anda.

Jika anda benar-benar memerlukan sesuatu maka membelanja wang untuk itu dan membayar dengan wang tunai atau kad debit anda.
kelebihan dan kekurangan mengunakan kad kredit



Fungsi dan kelebihan

Kad ini memang sinonim dengan gaya hidup konsumtif, shopaholic dan hutang. Namun meski demikian ternyata kad ini mempunyai pelbagai manfaat atau keuntungan jika kita boleh menggunakannya dengan bijak. Nah berikut adalah diantaranya:

1. Aman

Beberapa orang akan waswas jika perlu membawa wang tunai dalam jumlah besar untuk berdagang. Risiko kehilangan adalah faktor yang paling mempengaruhi. Nah dengan menggunakan kad kredit, risiko ini tidak perlu kita khawatirkan lagi. Kerana jika kita mengalami kehilangan kad kredit maka kita boleh terus melaporkannya kepada bank penerbit agar tidak disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggung jawab. Namun anda harus tetap mengesahkan terlebih dahulu soal dasar dari masing-masing bank jika berlaku kes-kes seperti ini.

2. Praktis

Dengan kemudahan yang disediakan kad kredit, kita tidak perlu lagi bersusah-payah mengira wang yang perlu dibayar atau mengira wang kembalian. Dan pastinya kita tidak perlu repot membawa wang tunai dalam jumlah besar.

3. Mudah

Pelbagai kemudahan lain juga boleh dimanfaatkan pelanggan dengan menggunakan kad ini. Sebagai contoh jika kita sedang memerlukan barangan tertentu tetapi kita tidak mempunyai wang cash, kita tetap dapat membelinya dengan kad kredit dimana nantinya dapat kita lunasi belakangan. Hal ini akan menguntungkan jika ada diskaun atau obral tertentu yang berlaku dalam masa singkat.

4. Keuntungan lain

Pernah melihat pelbagai promo potongan harga yang hanya berlaku untuk penggunaan kad kredit? Atau promo ansuran ringan dengan bunga 0%? Yups keuntungan seperti itu juga boleh kita dapatkan dengan menggunakan kad kredit.

Kerugian Menggunakan Kad Kredit

Meski mempunyai pelbagai keuntungan, ternyata penggunaan kad ini akan dapat merugikan penggunanya jika ia tidak boleh menetapkan penggunaannya dengan baik. Misalnya:

1. Harus selalu membayar hutang

Seperti yang sudah mimin tulis diatas, kita boleh berbelanja sesuka kita lalu membayarnya belakangan. Jika nilai atau jumlah "hutang" kita tidak terlalu banyak sepertinya tidak akan menjadi masalah. Namun jika hutang tersebut mempunyai jumlah yang besar sehingga kita tidak dapat membayarnya, tentu saja itu akan menjadi sebuah masalah.

2. Persediaan kewangan yang kacau

Jika kita tidak mampu menggunakan kad kredit dengan bijak seperti yang mimin singgung pada titik nombor 1 diatas, maka bukan tidak mungkin pengurusan kewangan kita akan kacau kerana perlu membayar hutang yang jumlahnya bisa saja lebih besar daripada kemampuan kita sehingga kita tidak boleh menyisihkannya untuk hal lain seperti menabung misalnya.

3. Menjadi konsumtif

Kemudahan yang ditawarkan membuat para pengguna kad kredit menjadi konsumtif kerana merasa dimudahkan terutama untuk hal berbelanja. Hal inilah yang harus diberi perhatian.

Tips menggunakan kad kredit

Dengan adanya keuntungan dan kerugian yang sudah saya bahas diatas, tentu saja kita harus pintar-pintar menetapkan nilai urus niaga semasa menggunakan kad kredit. Gunakanlah seperlunya dan kita harus dapat membezakan antara keperluan dan keinginan sebelum memutuskan untuk membeli-belah. Kerana jika anda tidak mahu dibelenggu hutang maka anda harus sedikit meredam keinginan dan lebih mengutamakan keperluan. Nah itulah beberapa perkara yang boleh saya jelaskan soal kad kredit. Semoga bermanfaat: D

Tips semasa traveling bersama keluarga

Hari ini saya ingin bercerita tentang tips- tips semasa traveling bersama keluarga yang mengambil masa yang agak panjang. Tapi, untuk perjalanan yang agak pandek pun sesuai kot baca tips yang aku beri ni. Yang penting kamu orang baca, kamu orang dapat ilmu. Boleh lah kamu orang share dengan rakan anda yang lain.


Ok dipandekkan cerita, aku beri petua pertama untuk mulakan perjalanan bersama dengan keluarga anda yang tersayang. 

Tips semasa traveling bersama keluarga



Petua 1: Sediakan pek Hiburan untuk anak manja kita.

Beberapa minggu lebih awal dari perjalanan kamu, sediakan bersama-sama beg kecil bagi setiap anak kita perkara untuk menghiburkan dia mengikut kumpulan umur mereka: seperti buku-buku mewarna, kertas, pen berwarna dan pensel, buku nota kecil atau diari, membaca buku atau komik, teka-teki, permainan kad, iPad / iPhone dengan muzik kegemaran mereka, aplikasi dan permainan dan lain-lain. Kadang-kadang saya akan pek selain apa yang dikenali sebagai "pek kecemasan" di mana saya akan menyediakan bungkusan hadiah mainan.


Petua 2: Sentiasa dalam keadaan bertenang.

Sebelum anda rasa rimas di dalam perjalanan, ambil nafas dalam-dalam melalui hidung tahan selama berapa minit lepas itu hembus nafas melalui mulut anda. Ia membantu supaya anda tidak rasa rimas dan tidak meluahkan perasaan yang marah pada orang sekeliling anda. Biasalah kalau lama sudah menunggu di dalam flight mesti lah kita rasa letih.


Petua 3: Semasa untuk tuntutan bagasi
Sering kali apabila anda telah menyambung penerbangan anda mungkin perlu untuk menuntut semula dan periksa masuk, ini mungkin mengambil masa yang agak lama jika lapangan terbang adalah besar. Hanya meletakkan dalam masa satu jam tambahan ke dalam masa yang diperlukan untuk membuat yang menyambung penerbangan jika tidak, anda akan bergegas terminal seperti orang bodoh.

Petua 4: Wang penting
Saya pernah bertukar-tukar mata wang tempatan destinasi pelancongan yang sebelum penerbangan. Ini mengambil kira beberapa beban dari belakang saya tetapi sekali lagi saya sedar yang sering mengeluarkan wang tunai dari ATM tempatan dalam rangkaian bank anda apabila anda tiba tidak dapat kadar pertukaran yang lebih baik. Ia mungkin berbaloi untuk memeriksa terlebih dahulu apakah kadar yang berbeza yang ditawarkan.

Petua 5: Pembungkusan
Pembungkusan sebelum terbang pulang ke rumah di dalam bilik hotel sering adalah perkara yang paling memenatkan yang anda boleh lakukan dalam perjalanan. Ia ke arah akhir perjalanan yang panjang dan anda tidak sabar untuk pulang ke rumah. Tetapi anda perlu untuk membungkus .... pada bilik hotel adalah dengan menggunakan beg pembersihan kering dari almari. Selain daripada pakaian senaman berpeluh anda, anda telah kotor pakaian mana anda perlu untuk barangan dalam bagasi anda bersama-sama orang-orang yang baru? Kebanyakan hotel menawarkan perkhidmatan cucian kering dan sering mereka mempunyai beg plastik atau beg kitar semula di dalam almari. Gunakan beg ini untuk mengasingkan pakaian berbau dari yang baru!


Petua 6: Melindungi Dokumen Anda.
Ia adalah satu idea yang baik untuk membuat salinan semua pasport dan dokumen perjalanan. Anda boleh menyelamatkan mereka ke dalam peranti storan USB yang serasi seperti memori kamera kayu, atau menyimpannya di dalam iPhone atau iPad. Di mana sahaja anda meletakkan anda pastikan ia bukan tempat yang sama seperti pasport anda. 


Petua 7: Kongsi Rancangan Perjalanan anda
Mendaftar dengan jabatan kerajaan atau negeri anda. Beritahu keluarga dan rakan-rakan anda di mana anda sedang menuju. Ini akan menyediakan satu cara untuk anda untuk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan (anda atau keluarga anda).


Petua 8: Berhati-hati dengan penipuan perjalanan
 Ambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan menjadi sasaran jenayah: Cuba untuk tidak memakai pakaian yang mudah dilihat atau barang kemas dan tidak membawa berlebihan wang. Semasa dalam perjalanan tidak meninggalkan bagasi tanpa pengawasan di kawasan umum dan tidak menerima pakej dari orang yang tidak dikenali.
Berhati-hati dengan penipuan pelancongan seperti kamera rosak yang terkenal: Apabila semua orang menembak jauh di dua tujuan perniagaan dan tarikan, seseorang yang datang dengan kamera dan meminta bahawa anda mengambil gambarnya. Tetapi kamera atau telefon bimbit tidak seolah-olah berfungsi. Kemudian apabila kamu menyerahkan nya balik,  dan mereka tadi yang "pelancong" fumbles dan jatuh di atas tanah, di mana ia pecah menjadi kepingan. Selalunya dia akan memuat meminta anda untuk membayar untuk pembaikan atau mengambil dompet anda semasa anda dibengkokkan ke atas.

Ok setakat ini saja lah tips yang mampu aku turun kan kepada kamu orang semua, kalau ada kekurangan dalam pengisian tips saya ini, kamu orang tambah lah.. Ok bye!!!



Saturday 5 December 2015

La Liga Vs Premier League

Topik aku hari ini ialah liga bola sepak mana menjadi pilihan kita sama ada La Liga @ Premier League. Ok, ini cuma pendapat saya sajalah, tidak tahu lah orang lain punya pendapat, tak apa kita cuma kongsi saja.

La Liga Vs Premier League


Liga Perdana Inggeris adalah yang terbaik. Tidak syak lagi saya kata kan bahawa BPL lebih baik lagi daripada LA Liga. BPL yang paling berdaya saing kerana Arsenal, Man City, Man utd, Chelsea, dan juga Tottenham semua boleh memenangi liga dan bola sepak Inggeris tidak pernah  membosankan kita yang menonton aksi perlawanan mereka dan keputusan 80% predictable.

Kalau kita lihat La Liga , setiap tahun Barca atau Real saja yang bersaing merebut kejuaraan dan Athletico Madrid adalah memberi saingan sedikit sahaja.

Daya saing di Premier League adalah besar, dan setiap club boleh mengalahkan sesiapa sahaja. Selalu ada kejutan (seperti Chelsea siapa boleh jangkakan kedudukan mereka begitu teruk dan Vardy menjaringkan 11 gol berturut-turut, dan lain-lain). Tapi La Liga hampir berat sebelah, dan saya tahu ada kejutan yang ganjil, tetapi sentiasa ada 3 pasukan utama (Barcelona, Real Madrid dan Atletico). Saya rasa La Liga lebih baik jika pasukan berkualiti rendah mula membawa masuk pemain yang lebih baik dan kemudian akan ada lebih banyak persaingan.


Cukup setakat ini saja lah bicara kita untuk hari ini, terpulang lah kepada saudara yang mana saudara suka. Tepuk dada tanya selera. 

Friday 4 December 2015

Adakah benar pemanasan global?

Ya. Ia adalah benar, ya adalah disebabkan oleh manusia. Bumi akan melalui kitaran dan kitaran yang membuat mencairkan ais mewujudkan banjir maka dengan terlalu banyak CO2 di atmosfera bumi masuk ke dalam zaman ais dan kemudian bumi mula perlahan-lahan menjadi panas, pemanasan sehingga cair glasier yang menyebabkan "banjir ".

pemanasan global

Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18.  Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.
Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.
Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah akan ditenggelami air.
Kesedaran masyarakat dunia sukar ditingkatkan. Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat.

Saiz bumi tidak berubah jadi ia memintas jumlah yang sama  dari matahari. Walau bagaimanapun perubahan dalam atmosfera boleh menyebabkan bumi untuk mengekalkan lebih banyak haba. Sebagai contoh banyak aktiviti gunung berapi atau banyak membakar minyak dan pokok = lebih gas-gas rumah hijau. Kita boleh menganggarkan apa yang manusia dan gunung berapi telah meletus ke dalam alam sekitar selama ini. Maka kita perlu memikirkan di mana ia pergi. Kita melihat perubahan dalam keasidan laut dan dengan itu boleh mengambil kira seperti 30% daripadanya diserap disana. Saya rasa kebangkitan 3 + 6 kaki di paras laut dalam 100 tahun akan datang tidak dapat dielakkan. Apa yang buruk tentang hal itu adalah bahawa apa yang perlu dilakukan adalah perancangan yang tidak dapat dielakkan tidak cuba untuk mengakaskan atau menghentikannya. Berjuta-juta orang perlu sama ada untuk bergerak, menukar cara hidup mereka atau menderita kerana itu. Tetapi orang-orang individu mengambil kesempatan dan sebahagian besarnya akan bertindak pada saat akhir. Manusia akan beralih tingkah laku hanya selepas malapetaka. Begitu seterusnya.


Perubahan iklim merupakan ancaman alam sekitar yang paling besar pada masa ini, membahayakan kesihatan kita, masyarakat, ekonomi, dan keselamatan negara.

Thursday 3 December 2015

Fakta ringkas sambutan Hari Kesyukuran patut anda tahu.

Sambutan hari Kesyukuran atau ‘Thanksgiving’ selalunya di sambut pada 26 November. Perayaan ini merupakan hari cuti kebangsaan bagi Amerika Syarikat dan Kanada. Untak pengetahuan anda perayaan ini bukanlah merupakan satu upacara keagamaan tetapi lebih kepada satu sambutan kebudayaan bagi masyarakat di sana dalam mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan.


Hari Kesyukuran


Sejarah sambutan Hari Kesyukuran ini berasal dari sambutan tradisi orang Britain di New England yang menyambutnya sebagai tanda syukur berakhirnya musim menuai tanaman.

Kemudian sambutan itu diguna pakai di Amerika Syarikat yang dimulakan dari golongan peribumi di sana dan mula menjadi cuti rasmi Amerika Syarikat sejak tahun 1863.

Ini beberapa fakta mengenai sambutan hari ‘Thanksgiving’ yang mungkin ramai tidak tahu:

1. Hanya disambut secara rasmi di dua negara iaitu Amerika Syarikat dan Kanada. Amerika akan meraikannya pada Khamis keempat dalam bulan November dan di Kanada pada Isnin kedua dalam bulan Oktober. Negara-negara lain seperti Liberia, Grenada dan Saint Lucia turut dilihat menyambut tradisi yang sama.

2.  Secara tradisi nya mereka selalu berkumpul bersama keluarga dan teman bagi makan bersama dan mengucapkan syukur tentang apa yang telah dikecapi dalam hidup untuk tahun tersebut.

3. Kebanyakan rakyat AS akan menghidangkan ayam belanda dan kranberi pada sambutan Thanksgiving. Salah satu resepi popular ayam belanda dipanggil ‘Turducken’, iaitu ayam belanda tanpa tulang disumbat dengan itik dan kemudian disumbat dengan ayam yang juga dibuang tulang. Resepi ini berasal dari Louisiana.

4. Tidak ketinggalan Jagung adalah salah satu simbol sinonim ketika sambutan Hari Kesyukuran. Ia dihidangkan dalam pelbagai jenis dan warna seperti merah, putih dan biru.

Jagung


5. Selepas makan, biasa keluarga di AS akan menonton perarakan istimewa Macy di televisyen.
Perarakan Macy sempena sambutan Thanksgiving yang amat terkenal bagi masyarakat yang menetap di bandar New York.

Macy

Serba ringkas tentang maklumat sambutan hari Kesyukuran yang selalu disambut oleh negara Amerika Syarikat dan Kanada