Translate

Saturday 12 December 2015

Selangor menjuarai Piala Malaysia 2015

Malam ni bukan rezeki kedah.. Walau berusaha sedaya upaya, mengawal perlawanan tetapi jika tiada rezeki tiadalah.. Tahniah juga buat selangor. Bonus bagi kedah sebagai naib juara piala Malaysia 2015. Siapa sangka juara liga perdana melangkah sejauh ini.. Walau malam ini kedah terlalu banyak kesilapan dan serba tak menjadi.. Apa2 pun tahniah buat pemain hijau kuning berjuang sampai ke wisel terakhir.. Bagi selangor, kita bertemu semula di liga super musim depan.



Source: http://www.bharian.com.my/node/104535?m=1

SHAH ALAM: Selangor menjuarai Piala Malaysia selepas menewaskan Kedah, 2-0, pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, di sini, yang berakhir sebentar tadi. Jaringan kemenangan skuad The Red Giants itu diperoleh menerusi sentuhan penyerang mereka, Ahmad Hazwan Bakri, masing-masing pada minit ke-4 dan ke-47. Kedah yang juga juara Liga Perdana musim ini, terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas penjaga gol mereka, Mohd Firdaus Muhamed dibuang padang gara-gara menampan bola di luar kotak penalti ketika saingan berbaki tujuh minit.


No comments :

Post a Comment