Translate

Tuesday 17 November 2015

Berita Sukan: Man United Kehilangan Anthony Martial

Siapa peminat Man United mungkin akan rasa risau dengan berita ini.
Man United Kehilangan Anthony Martial
MANCHESTER United mungkin terpaksa melupakan khidmat penyerang mudanya, Anthony Martial untuk sementara waktu apabila pemain itu mengalami kecederaan.
United yang akan menentang Watford pada Sabtu ini mungkin kehilangan Martial selepas pemain itu kelihatan bertongkat dengan kaki kirinya berbalut akibat kecederaan ketika membantu Perancis menentang England pada Selasa.
Dalam perlawanan yang menyaksikan England menang 2-0, Martial terpaksa dikeluarkan pada minit ke-67 apabila penyerang Perancis itu mengalami kecederaan.
"Dia berada dalam kesakitan ketika ketika dikeluarkan. Tahap kecederaan pemain berusia 19 tahun itu belum diketahui setakat ini," jelas ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps.
Martial menjaringkan lima gol untuk United pada musim ini selepas dibeli dengan nilai £36 juta dari Monaco.http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2015/11/18/martial-cedera/

No comments :

Post a Comment