Translate

Tuesday 8 December 2015

Tips untuk memulakan alam pekerjaan di tempat baru.

Hari ini saya ingin berkongsi Tips untuk memulakan alam pekerjaan di tempat baru. Bagi yang pertama kali turun bekerja mesti sangat seronok bukan, tapi kita mesti selalu berfikir sampai tidak dapat tidur di buat dia. Saya pun pernah merasakan begitu juga. Walaupun seronok sebab sudah dapat kerja, tetapi ia juga datang dengan banyak cabaran yang berbeza. Walau bagaimanapun, cabaran-cabaran ini sama ada memotivasi atau sebaliknya. 

Jika kamu sudah mempunyai pengalaman bekerja kamu tidak perlu risau sebab melalui pengalaman yang kamu ada, mesti kamu dapat mengatasinya. 

Tetapi bagaimana jika kamu tidak mempunyai pengalaman? Berikut adalah beberapa tips dari saya untuk kamu mengekalkan sikap yang positif di tempat kerja baru kamu. Tips ni ada nya datang dari pengalaman saya dan saya tambahkan lagi dengan tips yang saya baca dari internet untuk membantu kamu.

1. Kenali rakan-rakan kamu.

Ia mungkin kedengaran mudah tetapi ia sebenarnya banyak bergantung dengan diri kita juga. Kenapa saya bercakap begitu, sebab nya ada orang nie sangat pemalu, susah nak buka mulut, mahu tunggu orang tegur dia baru dapat buka mulut. Jangan begitu nanti susah kamu mahu mendapat kawan ditempat kerja nanti. Tindakan ini sangat berguna untuk mengenali seberapa ramai yang mungkin orang di tempat kerja. Saya pecaya mereka akan sudi membantu jika kamu perlu bantuan di tempat kerja. Walau bagaimanapun, belajar untuk menetapkan sempadan juga, mengekalkan hubungan profesional dan sentiasa ingat kesopanan kamu.

2. Apabila ragu-ragu, sila bertanya

Ia mungkin pekara biasa untuk mengemukakan soalan, tetapi kebanyakkan yang saya nampak kita nie lebih suka membuat sesuatu dengan sendiri untuk menunjukkan bahawa kita boleh melakukan sesuatu. Tapi lebih bagus kalau kita bertanya dengan senior kita, sebab kita nie masih baru dan banyak selok belok kita perlu pelajari. 

3. Sistem mentor-mentee 

Sesetengah persekitaran kerja ada yang mengamalkan sistem mentor. Budaya mentor-mentee bukan baru tetapi pada masa yang sama ia mungkin tidak diamalkan di banyak tempat. Kalau boleh kita beritahu dengan human resource department @ manager untuk mendapatkan mentor atau sifu kamu. Ia akan membuat pembelajaran di tempat kerja kamu lebih mudah. 

4. Belajar apa yang orang lain lakukan

Kamu baru sahaja telah diterima masuk ke pekerjaan baru dan diberikan satu tanggungjawab untuk dikendalikan. Pekara ini sangat bagus untuk kamu belajar dari orang lain juga kerana ia boleh mengeratkan lagi hubungan kerja disepanjang tugasan itu kamu akan tahu apa peranan kamu di dalam organisasi itu. Dan ia juga akan membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan di tempat kerja kamu.

5. Sertai acara sosial atau aktiviti

Jika pejabat kamu mempunyai budaya melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial di luar kerja, tolong libatkan diri kamu. Ini menunjukkan bahawa kamu mahu menjadi sebahagian daripada organisasi dan ia memberikan kamu peluang untuk mengetahui rakan-rakan kamu di luar tempat kerja. Ia akan memberitahu rakan-rakan kamu bahawa kamu adalah seorang pekerja secara pasukan.

6. Tawaran untuk membantu

Sama ada kamu baru atau lama di dalam organisasi itu, kamu sudah menjadi sebahagian daripada pasukan itu. Bekerja dengan baik di dalam persekitaran baru, dan kamu perlu menjadi anggota pasukan itu. Ini bermakna kamu harus menyumbang kepada pasukan baru dengan menghulurkan bantuan bila-bila masa saja.

7. Sentiasa menghormati

Ini adalah perkara yang paling mudah yang boleh dilakukan tetapi mungkin terlepas pandang terutamanya jika kamu adalah seorang graduan muda dan cuma dapat kerja biasa itu dan kamu rasa kamu sudah sedia untuk mengambil alih tugasan itu. Tetapi kamu harus ingat, kalau terlampu yakin dengan diri sendiri orang boleh salah anggap dan orang akan ingat kita sombong. Jadi sentiasa berkelakuan dan berkomunikasi secara profesional dan respect. 

8. Atur hari kamu untuk merancang keluar bersama dengan rakan setugas 

Kamu harus mempunyai idea yang jelas tentang tanggungjawab harian kamu untuk membolehkan kamu merancang waktu kamu. Contonya lah, merancang bersenam pada waktu bercuti bersama dengan Supervisor atau rakan-rakan kamu. Dan pastikan rancangan kamu itu tidak mengacau waktu kamu juga, supaya kamu dapat hadir setiap kali kamu membuat satu janji dengan mereka. Dengan cara ini, kamu boleh memperuntukkan masa kamu dengan baik dan melaksanakan tanggungjawab kamu dengan cekap.

Cukup sampai disini sajalah tips yang dapat saya terangkan dan semoga kamu dapat melakukannya dengan baik. Selamat berjaya dan tahnian kepada kamu sekalian.


No comments :

Post a Comment