Translate

Monday 28 December 2015

Filem Star Wars : The Force Awakens

Saya bagi 5/5 bintang! Serious! 5 Bintang. Dah lama saya tak bagi 5 Bintang selepas filem Avatar. #LucasFilm sekali lagi berjaya. Dapat dengar tepukan ; sorakan penonton apabila kemunculan watak legend & adegan menarik. 
Filem Star Wars : The Force Awakens

Filem Star Wars telah mencatatkan kutipan yang sangat fenomena dengan $529 Jutabersamaan RM2.2 Billion sejak dilancarkan minggu lalu! Sekaligus mengatasi jualan pembukaan untuk filem Jurrasic World pada tahun ini. 
Namun, pasti ramai yang tertanya-tanya berapakah bayaran untuk pelakon yang membintangi filem tersebut, bukan?
Ada sumber yang mengatakan pelakon Harrison Ford mendapat habuan terbesar, malah jauh mengalahkan bayaran pelakon muda yang lain. 
Sekurang-kurangnya Harrison, 73 dilaporkan menjana pendapatan $25 juta bersamaanRM107 juta untuk kemunculannya sebagai Han Solo dalam filem tersebut kali ini. 
Malah, pelakon legenda itu meraih 0.5 peratus daripada keuntungan filem Star Wars tersebut! Ini sekaligus bermaksud, aktor itu mendahului76 kali lebih tinggi bayaran berbanding pelakon lain dalam filem itu seperti Daisy Ridley dan John Boyega.

Sinopsis
Filem "Star Wars : The Force Awakens" ini mengisahkan 30 tahun selepas berjaya mengalahkan, mereka menghadapi ancaman baru dari Kylo Ren yang jagat dan 'First Order'. Setelah salah seorang dari 'defector' yang bernama Finn, terhempas di sebuah planet padang pasir. Kemudian Finn berjumpa dengan Rey, bersama dengan 'droid' yang menyimpan peta rahsia yang dicari oleh 'First Oder'. 

No comments :

Post a Comment