Translate

Saturday 5 December 2015

La Liga Vs Premier League

Topik aku hari ini ialah liga bola sepak mana menjadi pilihan kita sama ada La Liga @ Premier League. Ok, ini cuma pendapat saya sajalah, tidak tahu lah orang lain punya pendapat, tak apa kita cuma kongsi saja.

La Liga Vs Premier League


Liga Perdana Inggeris adalah yang terbaik. Tidak syak lagi saya kata kan bahawa BPL lebih baik lagi daripada LA Liga. BPL yang paling berdaya saing kerana Arsenal, Man City, Man utd, Chelsea, dan juga Tottenham semua boleh memenangi liga dan bola sepak Inggeris tidak pernah  membosankan kita yang menonton aksi perlawanan mereka dan keputusan 80% predictable.

Kalau kita lihat La Liga , setiap tahun Barca atau Real saja yang bersaing merebut kejuaraan dan Athletico Madrid adalah memberi saingan sedikit sahaja.

Daya saing di Premier League adalah besar, dan setiap club boleh mengalahkan sesiapa sahaja. Selalu ada kejutan (seperti Chelsea siapa boleh jangkakan kedudukan mereka begitu teruk dan Vardy menjaringkan 11 gol berturut-turut, dan lain-lain). Tapi La Liga hampir berat sebelah, dan saya tahu ada kejutan yang ganjil, tetapi sentiasa ada 3 pasukan utama (Barcelona, Real Madrid dan Atletico). Saya rasa La Liga lebih baik jika pasukan berkualiti rendah mula membawa masuk pemain yang lebih baik dan kemudian akan ada lebih banyak persaingan.


Cukup setakat ini saja lah bicara kita untuk hari ini, terpulang lah kepada saudara yang mana saudara suka. Tepuk dada tanya selera. 

No comments :

Post a Comment