Sambutan hari Kesyukuran atau ‘Thanksgiving’ selalunya di sambut pada 26 November. Perayaan ini merupakan hari cuti kebangsaan bagi Amerika Syarikat dan Kanada. Untak pengetahuan anda perayaan ini bukanlah merupakan satu upacara keagamaan tetapi lebih kepada satu sambutan kebudayaan bagi masyarakat di sana dalam mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan.
Sejarah sambutan Hari Kesyukuran ini berasal dari sambutan tradisi orang Britain di New England yang menyambutnya sebagai tanda syukur berakhirnya musim menuai tanaman.
Kemudian sambutan itu diguna pakai di Amerika Syarikat yang dimulakan dari golongan peribumi di sana dan mula menjadi cuti rasmi Amerika Syarikat sejak tahun 1863.
Ini beberapa fakta mengenai sambutan hari ‘Thanksgiving’ yang mungkin ramai tidak tahu:
1. Hanya disambut secara rasmi di dua negara iaitu Amerika Syarikat dan Kanada. Amerika akan meraikannya pada Khamis keempat dalam bulan November dan di Kanada pada Isnin kedua dalam bulan Oktober. Negara-negara lain seperti Liberia, Grenada dan Saint Lucia turut dilihat menyambut tradisi yang sama.
2. Secara tradisi nya mereka selalu berkumpul bersama keluarga dan teman bagi makan bersama dan mengucapkan syukur tentang apa yang telah dikecapi dalam hidup untuk tahun tersebut.
3. Kebanyakan rakyat AS akan menghidangkan ayam belanda dan kranberi pada sambutan Thanksgiving. Salah satu resepi popular ayam belanda dipanggil ‘Turducken’, iaitu ayam belanda tanpa tulang disumbat dengan itik dan kemudian disumbat dengan ayam yang juga dibuang tulang. Resepi ini berasal dari Louisiana.
4. Tidak ketinggalan Jagung adalah salah satu simbol sinonim ketika sambutan Hari Kesyukuran. Ia dihidangkan dalam pelbagai jenis dan warna seperti merah, putih dan biru.
5. Selepas makan, biasa keluarga di AS akan menonton perarakan istimewa Macy di televisyen.
Perarakan Macy sempena sambutan Thanksgiving yang amat terkenal bagi masyarakat yang menetap di bandar New York.
Serba ringkas tentang maklumat sambutan hari Kesyukuran yang selalu disambut oleh negara Amerika Syarikat dan Kanada
No comments :
Post a Comment