Translate

Friday 1 January 2016

TIPS UNTUK JIMAT BELANJA KAHWIN

Bagi mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan ketahui beberapa tips yang penting untuk memastikan perkahwinan yang dirancang berjalan lancar. Sabar dan jaga disiplin diri. Bersusah dahulu, bersenang di kemudian hari.


TIPS UNTUK JIMAT BELANJA KAHWIN

12 TIPS UNTUK JIMAT BAJET KAHWIN
1.JANGAN MEMENTINGKAN ‘STANDARD’ ANDA
Berhutang memberi bebanan kepada anda sehingga menyebabkan anda dan pasangan tidak bahagia dan ramai hidup tersepit dengan hutang terlalu banyak hanya kerana menginginkan majlis perkahwinan yang gah.
2. JUMLAH TETAMU
Tetapkan jumlah tetamu yang bakal dijemput supaya anda dapat merancang bajet perkahwinan dengan baik. Apabila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.
3. MENYEWA BUSANA PERKAHWINAN
Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Terdapat juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Ini bermakna selepas pakai, anda perlu pulangkan semula pada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada membeli terus pakaian perkahwinan itu.
4. MEMBELI BELAH KETIKA ADA POTONGAN HARGA SAHAJA
Harga barangan pada ketika itu mungkin mendapat potongan harga jauh lebih murah daripada sebelumnya. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu ketika membeli belah kelak anda juga yang akan merana.
5. ELAK BERHUTANG KAD KREDIT
Kad kredit ada baiknya dan ada buruknya. Tetapi bagi sesiapa yang tidak tahu untuk menggunakan kad kredit secara berhemat anda dinasihatkan untuk tidak memakainya. Berbelanja dengan hanya ‘swipe’ menyebabkan anda yang pening kepala untuk membayar hutang tersebut.
6. ADAKAN MAJLIS GOTONG ROYONG
Majlis yang diadakan secara gotong royong adalah lebih jimat berbanding katering. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah selain dapat mengeratkan tali silaturahim bersama saudara dan jiran anda.
7. AWASI PERBELANJAAN ANDA SETIAP BULAN
Perbelanjaan pada setiap bulan amat mempengaruhi simpanan kewangan anda. Jika anda berbelanja lebih, segala bajet yang telah anda tetapkan akan berubah dan akan menyusahkan anda kelak.
8. JANGAN MEROKOK
Bagi kaum lelaki merokok bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan tetapi ia membazirkan wang anda. Jika anda campur tolak wang yang telah anda belanjakan untuk membeli rokok pasti anda akan terkejut dengan jumlahnya.
9. KURANGKAN MEMBELI GAJET ELEKTRONIK
Jika anda seorang penggemar gajet elektronik, anda dinasihatkan untuk menyimpan dahulu hasrat anda untuk membeli gajet terbaru. Hal ini adalah kerana wang itu anda boleh gunakan untuk majlis perkahwinan anda kelak.
10. TEMPAHAN FOTOGRAFI
Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Selalunya diskaun hebat akan diberikan.
11. BERBALAS HANTARAN
Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tidak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Hal ini yang sering terjadi di kalangan pengantin zaman sekarang. Tidak perlulah untuk berlumba-lumba kerana kelak anda yang tanggung kesannya.
12.MEMBUKA AKAUN KHAS
Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan supaya anda tidak menggunakan kesemua wang simpanan anda dan seterusnya berhutang. Elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan kad kredit.

Thursday 31 December 2015

Senarai perpindahan pemain Liga Malaysia 2016

Sepak mula musim baru Liga Malaysia 2016.  Setiap pasukan kini dalam fasa mempersiapkan pasukan masing-masing dengan gabungan pemain-pemain lama, pemain-pemain muda serta membawa masuk pemain-pemain baru bagi memantapkan pasukan masing-masing. Dengan pasaran perpindahan telah dibuka, setiap kelab kini sibuk di pasaran perpindahan pemain dengan menandatangani pemain-pemain baru berkualiti untuk bersaing musim baru ini. Dengan pelbagai spekulasi kemasukan pemain, Bual Sukan percaya pasukan-pasukan yang bersaing pastinya menandatangani pemain-pemain terbaik untuk kelab masing-masing.

senarai perpindahan pemain Liga Malaysia 2016

Berikut adalah senarai perpindahan pemain Liga Malaysia 2016 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa :

1. MELAKA UNITED (LIGA PERDANA)
Labinot Harbuzi / Labi (Sweden - Midfield) -RASMIShin Jae Pil / Jae (Korea Selatan - Pertahanan) - RASMISelim Benachour (Tunisia - Attacking Midfielder) - Mumbai City FC (Bekas pemain PSG)Jonathan Glenn (Trinidad and Tobago - Striker) - IBV IcelandGorka Larrea (Sepanyol - Midfielder) - Bekas pemain Levante di La Liga SepanyolMuhamad Syazwan Bin Yusoff (Kelantan - Penjaga Gol)Illija Spasojevic (Kelab Putra Samarinda, Indonesia - Asal : Montenegro - Striker) See Kok Luen (Pulau Pinang FA) 
2. TERENGGANU
Senarai rasmi pemain Terengganu 2016 sila klikTerengganu FA
Helmi Rameli (Pertahanan) - Dilepaskan :RASMIMuhaimin Omar (Pertahanan) - Dilepaskan :RASMINorshahrul Idlan Talaha (Penyerang) - Kekal :RASMI  Amirizdwan Taj Tajuddin (Pertahanan) - Kelantan : RASMIJoseph Kalang Tie (dari Sarawak) : RASMIYong Kuong Yong (dari Pulau Pinang) : RASMIAbdul Manaf Mamat (dari Terengganu): Ke Kelantan : RASMIIndra Putra Mahyuddin (dari Felda United)Brendan Gan (dari Kelantan) 
3. JDT
Senarai rasmi pemain JDT 2016 klik JDT
Sam Somerville (Penjaga Gol) - Biodata di SINISebastian Fernandez (Uruguay - Penyerang) -Vancouver Whitechaps/ Bakal pengganti Luciano Fiqueroa. Biodata di SININurridzuan Abu Hasan (Midfield) - Tolak pelawaan JDT. Kekal di Perak : RASMI Rodrigo Mora Nunez (Uruguay - Penyerang) - Universidad de Chile. Beraksi untuk kelab River Plate pada tahun 2012 dan 2013.Mohd Azniee Taib - (dari Pulau Pinang) :RASMIMartin Cauteruccio (Uruguay - San Lorenzo) : Penyerang - GAGAL - Kelab San Lorenzo meminta pampasan sebanyak 4 Juta USDAzzamuddin Akil (dari Pahang) : RASMIPaulo Rangel (Bekas pemain Terengganu) :RASMI Akram Mahinan (Midfield dari JDT II) : RASMI
4. KELANTAN
Senarai rasmi pemain Kelantan 2016 sila klik TRW
Piya : Kekal di Kelantan : RASMIMohd Daudsu Jamaluddin - JDT : RASMIChinedu Udeagha Sunday (Nigeria - Attacking Midfield) : Sedang diujiNajeem Olukokun (Nigeria - Striker) : Sedang diujiSunday Oke Ogagotewho (Nigeria - Pertahanan) : Sedang diuji  Syahrul Azwari Ibrahim (HMA) : RASMIMohamad Ramadhan Ab Hamid (HMA) :RASMIMohamad Faris Shah Mohd Rosli (HMA) :RASMIAbdul Manaf Mamat (dari Terengganu) :RASMIMohd Muslim Ahmad  : RASMIMohd Faizal Abu Bakar : RASMI Jonathan McKain (KEKAL) Indra Putra Mahyuddin (dari Felda United) 
5. SELANGOR 
Senarai rasmi pemain Selangor FA 2016 sila klikSelangor FA
Amirulhadi Zainal - JDT : KEKAL di JDT :RASMINdumba Makeche - Felda United Razman Roslan (dari Pahang) : RASMIHafiz Kamal (dari Pahang) : RASMIKhairul Azhan (dari Pahang) : RASMIDickson Nwakaeme (dari Pahang)R. Gopinathan (dari Pahang) : RASMIFaris Ramli (dari Lions XII) Zarif Irfan Hashimuddin (dari AirAsia - Penjaga Gol) : RASMIPatrick Ronaldinho (dari PKNS FC) 
6. KEDAH
Mohd Shakir Shaari - JDTMohd Farhan Abu Bakar - HMAMuhammad Ariff Farhan Md Isa - HMAMohamad Amirul Hisyam Awang Kechik - HMAShahrul Iqwan Samsudin - HMAMohammad Ridzuan Abdunloh Pula - HMAMohamad Syawal Nordin - HMAMohd Asri Mardzuki - HMACarlos Eduardo de Souza Floresta atau Carlos Kahe (Borussia Monchengladbach - Asal Brazil) : RASMI
7. PULAU PINANG
Senarai rasmi pemain Pulau Pinang 2016 sila klikPenang FA
Sergio Van Dijk (Indonesia - Striker) : SuphanburiMohd Fitri Omar (dari Kelantan) : RASMIKumaahran Sathasivam (HMA) : RASMIMuhamad Faizat Mohamad Ghazali (HMA)Brent Griffiths (Australia - Pertahanan) - Import Kelab Central Coast MarinersMatías Córdoba (Argentina - Attacking Midfielder) - Import Kelab Alianza FCMuhd Nursalam (Striker) - UiTM FC : RASMIJosé Tadeu (Brazil - Striker) - Import KelabPersepolis FCReinaldo Lobo (Import - KEKAL)  
8. NEGERI SEMBILAN
Kevin Gunter (Pemain naturalisasi Switzerland-Sarawak) Mohammad Ashmawi Md Yakin (HMA)Annas Rahmat (HMA)Ahmad Azlan Zainal (Pertahanan) : (dariTerengganu)
9. PERAK
Senarai rasmi pemain Perak 2016 sila klik The Bos Gaurus
Nazirul Naim (Pertahanan - Harimau Muda A) :RASMIRozaimi Abdul Rahman (dari Sabah)Efrain Rintaro (Import dari Brazil) Vokhid Shodiev (Bunyodkor - Uzbekistan) :RASMI
10. FELDA UNITED
Nasir Basharudin (Midfield) - Kekal di Perak : RASMI

11. FELCRA FC (LIGA FAM)
Shahrulnizam Mustapa - Felda United
12. PAHANG 
Mohd Faizal Abd Halim - (Dari Pulau Pinang)Ahmad Shaharuddin Rosdi - Ketua Jurulatih baru Pahang ganti Zainal Abidin Hassan
13. JDT II
Amirul Ikmal Hafiz - HMA Harimau MudaMuhd Syazwan Andik Mohd Ishak - HMA Harimau Muda Elhadji Diouf (Sabah - Senegal) Tuah Iskandar (dari Perak) Nurul Azwan Roya (dari PDRM) Muhammad Al-Hafiz Hamzah (dari JDT) Benjamin Mora (Mexico) - Ketua Jurulatih baru JDT II Dominic Tan Jun Jin (bekas Kapten Harimau Muda C)
14. T-TEAM
Makan Konate (Mali - Persib Bandung) : Attacking Midfielder : MOUAbdoulaye Youssouf Maiga (Mali - Sriwijaya) : Pertahanan : MOU

15. PKNS FC
Ahmad Fakri Shaarani (dari Kelantan)
16. SARAWAK
Senarai terkini skuad pemain Sarawak 2016 KlikBujang Senang. 
Mohd Shahril Sa'ari ( T-Team - Penjaga Gol ) :RASMIGilmar Filho - (dari Kelantan) : RASMINdumba Makeche - (dari Felda United) :RASMISyahrul Azwari Ibrahim (HMA) : RASMIK Gurusamy (Selangor) : RASMIMohd Akmal Mohd Nor (NS Matrix) : RASMI
17. PERLIS
Afif Amiruddin (dari PDRM)  Obinna Nwaneri (dari ATM)Edward Junior Wilson (BEC Tero Sasana, Thailand)

18. SABAH
Vjeran Simunic - Jurulatih baru (bekas Jurulatih Perak FA 2015)  
19. PDRM FA
Andrezinho atau Andre Francisco Williams (Bekas pemain tengah JDT) : RASMIMuhd Safwan Baharuddin (dari Lions XII) :RASMI
Untuk makluman, Senarai Perpindahan Pemain 2016 Liga Malaysia di atas akan dikemaskini dari masa kesemasa. Jika ada perpindahan terbaru yang tidak dinyatakan sila nyatakan di ruangan komen. Terima kasih

Monday 28 December 2015

Filem Star Wars : The Force Awakens

Saya bagi 5/5 bintang! Serious! 5 Bintang. Dah lama saya tak bagi 5 Bintang selepas filem Avatar. #LucasFilm sekali lagi berjaya. Dapat dengar tepukan ; sorakan penonton apabila kemunculan watak legend & adegan menarik. 
Filem Star Wars : The Force Awakens

Filem Star Wars telah mencatatkan kutipan yang sangat fenomena dengan $529 Jutabersamaan RM2.2 Billion sejak dilancarkan minggu lalu! Sekaligus mengatasi jualan pembukaan untuk filem Jurrasic World pada tahun ini. 
Namun, pasti ramai yang tertanya-tanya berapakah bayaran untuk pelakon yang membintangi filem tersebut, bukan?
Ada sumber yang mengatakan pelakon Harrison Ford mendapat habuan terbesar, malah jauh mengalahkan bayaran pelakon muda yang lain. 
Sekurang-kurangnya Harrison, 73 dilaporkan menjana pendapatan $25 juta bersamaanRM107 juta untuk kemunculannya sebagai Han Solo dalam filem tersebut kali ini. 
Malah, pelakon legenda itu meraih 0.5 peratus daripada keuntungan filem Star Wars tersebut! Ini sekaligus bermaksud, aktor itu mendahului76 kali lebih tinggi bayaran berbanding pelakon lain dalam filem itu seperti Daisy Ridley dan John Boyega.

Sinopsis
Filem "Star Wars : The Force Awakens" ini mengisahkan 30 tahun selepas berjaya mengalahkan, mereka menghadapi ancaman baru dari Kylo Ren yang jagat dan 'First Order'. Setelah salah seorang dari 'defector' yang bernama Finn, terhempas di sebuah planet padang pasir. Kemudian Finn berjumpa dengan Rey, bersama dengan 'droid' yang menyimpan peta rahsia yang dicari oleh 'First Oder'. 

Saturday 12 December 2015

12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita

Memang bagus kalau setiap pagi kita amal kan minum air suam campur lemon kalau tak biasa campur kan madu sikit..


12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita


Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
Mari kita korek apakah rahsia Lemon?

12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:
1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan 'pembersihan' yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
Lemon Water
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.

8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.

9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.

11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.

12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

Selangor menjuarai Piala Malaysia 2015

Malam ni bukan rezeki kedah.. Walau berusaha sedaya upaya, mengawal perlawanan tetapi jika tiada rezeki tiadalah.. Tahniah juga buat selangor. Bonus bagi kedah sebagai naib juara piala Malaysia 2015. Siapa sangka juara liga perdana melangkah sejauh ini.. Walau malam ini kedah terlalu banyak kesilapan dan serba tak menjadi.. Apa2 pun tahniah buat pemain hijau kuning berjuang sampai ke wisel terakhir.. Bagi selangor, kita bertemu semula di liga super musim depan.



Source: http://www.bharian.com.my/node/104535?m=1

SHAH ALAM: Selangor menjuarai Piala Malaysia selepas menewaskan Kedah, 2-0, pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, di sini, yang berakhir sebentar tadi. Jaringan kemenangan skuad The Red Giants itu diperoleh menerusi sentuhan penyerang mereka, Ahmad Hazwan Bakri, masing-masing pada minit ke-4 dan ke-47. Kedah yang juga juara Liga Perdana musim ini, terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas penjaga gol mereka, Mohd Firdaus Muhamed dibuang padang gara-gara menampan bola di luar kotak penalti ketika saingan berbaki tujuh minit.